STORY OF ME AND HIM

Percaya atau tidak , kini saya sudah  bergelar tunangan orang . Mungkin terlalu muda , kan ? Tapi itu lah hakikatnya . Perjodohan yang di rancang oleh keluarga . Pada mulanya , saya tak berapa suka dengan tunang saya  sebab waktu itu hati saya telah dimiliki oleh seseorang , iaitu cinta saya . saya amat sayang padanya . walaupun saya sudah bertunang , tapi saya masih menjalinkan hubungan dengan si dia . kejam kan saya ni ? sudah tentu lah saya tak nak melihat lelaki lain , kecuali si dia . Tapi Allah maha adil , Selepas sebulan saya bertunang , cinta hati saya pun nak berkahwin . Dia disuruh oleh  ibunya  supaya berkahwin  . Dan saya masih bersekolah  , tak mungkin lah saya akan menyuruh dia untuk menunggu saya . sedangkan saya sudah mempunyai tunang . so , saya suruh dia berkahwin demi kebaikan dia . bukankah perkahwinan itu suatu ibadah ? so , saya redha . dan dia kini telah sah menjadi seorang suami dan bakal menjadi seorang ayah tak lama lagi . Hati saya pada mulanya tak boleh terima dengan perkahwinan dia walaupun saya sendiri yang menyuruhnya .Hampir 8 bulan saya menangis setiap malam kerana terkenangkan dia . Ingat gelak ketawa dia , panggilan manja dia , dan kata-kata serta gurauan dia .Seolah2 saya tak boleh terima . Tapi Alhamdulillah , saya dah dapat kekuatan lagi . Tapi saya berazam untuk takkan pernah jatuh cinta lagi dan membuka hati saya pada lelaki lain , kecuali tunang saya yang sangat baik pada saya walaupun kadang-kadang saya tak hargai dia . Dan sekarang saya belajar untuk menyayangi tunang saya . Kerana saya inginkan cinta yang direstui oleh ibu bapa  . Juga Allah SWT . hubungan saya dengan tunang saya terbatas . Dan tak pernah pun sekali keluar berdua . Itu lah yang saya harapkan . Cinta yang sebenar , cinta yang halal . Saya yakin , dia boleh membimbing saya . Dan saya takkan pernah lupakan nasihat dia yang menyuruh saya sentiasa solat . Saya memerlukan seorang lelaki yang cinta pada saya kerana Allah .
Thankz for reading :)shayunk kamu . HAHA . comment ?