TIPS UNTUK ORANG YANG SEDANG BERCINTA

Kalau tengah hangat bercinta , macam tak ingat dunia , kan ? haha .. Jangan lah sampai tak ingat dunia derr .. Ada perkara yang korang patut ambik berat jugak tau .
So , saya ada tips untuk korang yang tengah hangat-2 menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang agar korang tak frust 'menonggeng' di kemudian hari . ni dia :


1) jangan terlalu percayakan si dia . Lagi-2 bila korang baru menjalinkan hubungan dengan si dia . Bukan nak suruh korang langsung jangan percaya dengan dia , tapi biarlah kepercayaan tu jangan sepenuhnya kalau korang masih belum betul-2 kenal si dia . kang korang percaya habis dengan si dia , senang  dia nak menipu korang . Sebab si dia tau korang cepat makan pujuk rayu dia . Ha .. mula lah dia naik lemak kan . 

2)jangan mncintai sepenuh hati . ececeh ! jangan mencintai dia 100% , tapi cukuplah sekadar 50% . *Mesti korang cakap  ' lantak lah .. hati aku . suka hati aku lah nak sayang dia tahap mana sekalipun' kan ? ya . . tapi bayangkan kalau korang putus dengan si dia , susah korang nak melupakan dia sebab korang dah bagi hati korang sepenuhnya dekat dia . Dan pada kaum wanita , jaga maruah diri anda . jangan kerana korang terlalu sayangkan si dia , sanggup menyerahkan mahkota korang pada dia . Wallahualam ! Susah sekarang nak jumpa someone yang betul-2 ikhlas mencintai kita sepenuhnya beb !

3)Jangan terlalu mengharap . Memang mengharap tu boleh , tapi jangan  terlalu mengharap bahawa si dia akan menjadi milik korang selama-lamanya . Sebab tidak semestinya korang bercinta sakan , dia jodoh korang . So , jangan terlalu mengharap , oke . Tapi kalau si dia memang jodoh korang , tak kan kemana punya lah .. takkan lari gunung dikejar .. ececeh ! 


p/s: tips ni daripada saya . bukan copy paste . no copycat , oke ! 
Thankz for reading :)shayunk kamu . HAHA . comment ?

GOOD LUCK KORANG !

Hallu hallu ! hari ni saya happy sangat . Maklumlah , saya dah kuat semangat . dah kembali ceria . mwahhahaha *gelak besar* .
jangan terlalu nervous k .baca doa dulu sebelum mula exam .

Oppss . . lupa pulak . tujuan saya update blog ni , saya nak wish  good luck pada korang yang akan menghadapi ujian . Tak kesah lah ujian apa sekalipun ,PMR ke SPM ke , yang penting benda tu ujian . Terutamanya pada budak form 3 yang akan menduduki peperiksaan PMR beberapa hari je lagi . Kalau tak silap , next week , kan kan kan ? Dah last minute dah ni ! come on , babe ! buang sikap malas tu ! fokus pada subject yang korang rasa lemah ! don't waste ur time , ok . Apapun , saya doakan agar kalian berjaya dengan cemerlang ! Aminnnn .. Yeahhh !! chayok ! Sesungguhnya doa saya bersama orang-2 yang berusaha . Salam ~
Mesti korang nak macam ni , kan ? saya pun .. hehe

Thankz for reading :)shayunk kamu . HAHA . comment ?

KUATKAH AKU YA ALLAH ?

Apakah masalah yang aku alami ini adalah dugaanMu ya Allah ? . Aku seperti tidak kuat lagi menanggung semua ini . hanya kepadaMu aku panjatkan doa agar aku diberi ketenangan dan pasrah menerima semua ini . Aku tahu aku perlu bersabar kerana disebalik semua ini ada hikmahnya .  aku tidak ingin menitiskan air mata di hadapan orang-orang yang aku sayangi . tapi aku tak boleh , ya Allah . Rasa sebak dan kesedihan dalam hati ini tak boleh di bendung lagi . kenapa semenjak dua menjak ini aku menjadi seorang yang lemah , seorang yang cepat mengalah ? aku bukan seperti yang dulu lagi . seorang yang ceria dan tidak mudah mengeluarkan air mata . Semakin aku membesar dan meningkat remaja ini , aku sering di belenggu masalah . Bukan sahaja masalah dalam hal cinta , tapi persahabatan dan keluarga . Aku mohon ya Allah ! berikan lah aku kekuatan agar menerima semua ini dengan hati yang ikhlas . aku mohon ya Allah !
Thankz for reading :)shayunk kamu . HAHA . comment ?

HAPPY BIRTHDAY SAYANG !

Semalam telah berlangsungnya sambutan birthday secara mengejut . . hehe .. apanya yang mengejut ? Aish .. 
melalut pulak dah saya ni . Ayat pun dah tak betul . Semalam pada 22 .09.2011 , hari jadi kawan baik saya , QURRATUAINI , Sahabat baik saya yang cantik lagi baik . hehe . .saya dan dua orang sahabat saya , membuat rancangan nak bagi surprise dengan dia . Alhamdulillah . . semuanya berjalan dengan lancar . Tapi , hampir-hampir terkantoi . kitorang pun ingat rancangan ni akan gagal , tapi kitorang guna macam-macam taktik bagi dia tak syak sesuatu yang kitorang nak bagi surprise dengan dia . Maklumlah , kitorang ni berjiran . So , kemana pun kitorang pergi , dia boleh hidu . . . kitorang sambut waktu malam sebab nak buat suasana romantik sikit . . ececeh. . ala .. simple je . . Bertemankan cake dengan air Revive . cukup-cukup untuk kitorang berempat . walaupun berempat je , tapi meriah . Enjoy giler lah malam tu . hehe

Thankz for reading :)shayunk kamu . HAHA . comment ?

PEMILIK SYARIKAT ? BETOL KE NI ?


Oke , saya nak bercerita tantang saya ber'chatting' dengan seorang mamat ni kat dalam MUKA BUKA a.k.a FACEBOOK . pada mulanya , dia bagi advice kat saya . lepastu , dah beberapa minit berchatting , dia hantar ayat macam dah nak chau (off9) ! yang kelakarnya , dia cakap dia seorang pengarah syarikat  yang mewarisi syarikat family dia , then minta maaf kat saya sebab tak bagitahu dia . Agak kelakar sebab apa ? sebab dia minta maaf dekat saya sebab dia tak bagitahu yang dia seorang pengarah syarikat yang mewarisi syarikat family dia . HAHA .. *aku tak nak tau pun . kau fikir aku perempuan apa ha ! *. Lagipun saya first time kot berchatting dengan dia . lagipun penting sangat ke dia nak bagitahu yang dia tu pengarah syarikat ? * apa ,  dia ingat aku nak sangat kawan dengan dia walaupun dia anak menteri sekalipun ! tak hingin lah * . kalau dia fikir saya ni perempuan materialistik , itu salah ! sebab saya berkawan tak pandang pun status seseorang tu . kaya ke , miskin ke , tua ke , muda ke , semua saya berkawan . yang saya pandang adalah keikhlasannya untuk berkawan dengan saya . Bukan sebab ada niat tertentu . 


shomart ! ayat dia buat saya gelak terguling-guling . :p




oke ! kalau nak besarkan gambar tu , klik je kat gambar tu . jelas sikit . sekian~~





Thankz for reading :)shayunk kamu . HAHA . comment ?

SANGGUP MATI DEMI CINTA ?

saya tak tahu lah kenapa tiba-tiba nak update pasal cinta-cinta ni . Memang ramai orang yang bercinta , tapi kalau tengah sakit hati , perghhhhh ! sanggup buat apa saja beb ! Memang pedih sangat kalau hati kita tengah terluka atau sakit hati dengan orang yang sangat kita sayangi . Malah kita sanggup menunjukkan bahawa kita sayang dengan dia dengan berbuat parkara-perkara yang agak GILA . benarlah kata orang . Cinta itu buta sehingga boleh membutakan sesiapa sahaja kerana cinta . Sanggup mencederakan diri demi CINTA .


tangan abang saudara . sanggup mencederakan diri kerana cinta .
 Kadang-kadang kita ni kalau tengah sakit hati , pijak kaca pun tak sakit . Betul tak ? . yang kita perasan hanya kesakitan hati kita waktu tu . sebelum berbuat perkara-perkara yang macam kat atas tu , fikirlah Allah dulu . Tak pun ingat muka mak ayah kita . Kalau mak ayah tahu kita berbuat perkara yang boleh memudaratkan diri kita , pasti mereka sedih . so , fikir-fikirlah orang yang tersayang ye . Saya bukan lah pandai nak menasihatkan orang ni . Tapi sebagai seorang insan biasa yang lemah , saya tak sanggup melihat mereka-mereka yang  sengsara kerana cinta  sanggup mencederakan diri mereka sendiri kerana cinta .  Wallahualam .
Thankz for reading :)shayunk kamu . HAHA . comment ?

TIPS UNTUK LAPTOP

Laptop acer kesayangku .
ha ... ni takut bukan takutkan hantu . Tapi saya takutkan laptop saya . Macam gini , tiap kali saya onn laptop , amboi   . . cepatnya lah si laptop saya ni  panas . lepastu tiba-tiba je mati sendiri . eh . . apasal dengan kau ni laptop ? kata saya dalam hati . ha .. kerana takut laptop saya ni rosak , saya pun search kat google apa penyebab laptop jadi cepat panas dan mati tiba-tiba . Lepastu , baru lah saya tau apa penyebabnya . 



Ha . . . Baru lah saya tahu kenapa . Sebabnya adalah kerana terlalu banyak habuk dekat tepi laptop ni .
Jadi bila dah banyak habuk dekat bahagian yang selalu keluar angin tu (kat tepi laptop) , maka susah lah si laptop ni nak mengeluarkannya sebab habuk ni menghalang . lepastu , saya ni jarang guna cooler fan . ha ,,,
itu yang buat laptop cepat panas . Bukan tu je , saya ni selalu main laptop dekat atas tilam . Tu lagi penyebabnya kenapa laptop mati tiba-tiba . Lepastu , apalagi .  . . saya pun bersihkan laptop saya yang banyak habuk ni jadi berkilat . Alhamdulillah , sekarang dah tak cepat panas dah . so , kalau korang ada laptop macam saya ni , terutamanya laptop acer yang kena guna cooler fan , gunalah cooler fan ye . jangan tak guna . Kalau korang tak nak laptop korang ada kes yang sama macam kes yang saya hadapi ni .Lepastu , kena lah rajin bersihkan latop tu supaya habuk tu tak bermaharajalela kat situ .




Thankz for reading :)shayunk kamu . HAHA . comment ?

HAPPY MALAYSIA DAY !

SELAMAT HARI MALAYSIA pada seluruh rakyat Malaysia ! setiap 16 September , kita akan menyambut HARI MALAYSIA . kita sebagai rakyat MALAYSIA seharusnya berbangga kerana dapat tinggal di bumi bertuah yang aman ini . Alhamdulillah , nasib kita lebih baik berbanding daripada negara lain yang selalu bertelagah kerana politik dan sebagainya . Bukan lah nak kata MALAYSIA ni tak pernah mengalami masalah-masalah seperti itu  , tapi masih dalam keadaan stabil dan boleh dikawal . kita harus berganding bahu untuk  memajukan MALAYSIA dan cuba melawan anasir-anasir luar yang ingin cuba merosakkan perpaduan . Kita pun kena lah menghargai pengorbanan wira-wira negara seperti tentera-tentera *tidak kira tentera laut ataupun darat * yang menjaga keamanan negara .  SAYA SAYANG MALAYSIA ! yeahhhhhhh !!!! ONE MALAYSIA !  :p
tidak kira dimana , marilah kita kibarkan bendera Malaysia !

Thankz for reading :)shayunk kamu . HAHA . comment ?

6 TIPS MELUPAKAN SI DIA ( EX )

Pernah tak korang melalui pengalaman putus cinta ? Saya rasa ada yang pernah mengalami . Begitu juga saya . Huhui... Orang kata , tak sampai sejam , kita dah boleh fall in Love . Tapi kalau  untuk melupakan perlukan masa yang lama . Tuhan je yang tahu perasaan kita waktu tu , kan ? tips ni berdasarkan
pengalaman-pengalaman aku selama ni , aku cuba untuk mencungkilnya . silap lah kalau korang kata aku copy and paste ! sebab pengalaman ni lah yang lagi mematangkan aku . ok , ni tipsnya :



Belajar untuk melupakan :
Kalau korang nak melupakan si dia ,  korang boleh padam segala hal/perkara mengenai dia . Sebagai contoh , kalau korang masih menyimpan gambar  atau benda-benda yang si dia telah beri pada korang  , sebenarnya korang dah boleh simpan dah benda-benda tu semua kat dalam stor . Senang cerita , buang . Maaf lah kalau kata-kata saya ni agak kasar . Tapi saya rasa dengan cara tu yang terbaik supaya korang tak selalu terkenangkan si dia . Tak sanggup ? kena lah berusaha kalau korang nak melupakan  si dia . Selain tu , kalau korang still simpan aya-ayat cinta(jiwang) si dia  kat handphone , korang delete supaya korang tak selalu ingat si dia .




Redha/pasrah:
Sebagai orang islam , terima qada' dan qadar . korang kena redha kerana mungkin si dia bukan jodoh korang . Dan korang kena yakin bahawa mungkin ada orang lain yang lebih baik yang akan menggantikan tempat si dia(ex) .Yakinlah bahawa apa yang berlaku , ada hikmahnya dan itu sebenarnya akan mematangkan  hidup korang . Bak kata lagu Ella ft  Deddy doresMendung tak bereti hujan . ececeh ,...


Memaafkan:
Korang kena belajar untuk memaafkan kesalahan si dia . Walaupun si dia telah melukakan hati korang  .
Andai si dia masih ingin bersahabat dengan korang ,  Korang terima . * nak terima atau tidak ,sebenarnya itu terpulang .. Yang penting , korang memaafkan si dia * . Dengan memaafkan si dia , sebenarnya hati korang dah redha dengan apa yang terjadi . Tapi kalau korang still tak boleh memaafkan , tepuk dada tanya selera lah .


Dekatkan diri dengan sang pencipta :
 Yakinlah bahawa Allah lebih mengetahui segalanya  . Dengan mendekatkan diri dengan-Nya ,  saya yakin , korang pasti akan tenang .  Jangan tinggal solat  , banyakkan mengaji . Dan kalau boleh , buat solat hajat dan minta ketenangan jiwa . Dengan mudah , percayalah ... i know u can do it !


Hilangkan kebosanan :
 Kadang-kadang , kalau orang baru putus cinta ni , asyik rasa bosan  je . Bagai semuanya suram . ececeh..
u know why ? Sebab orang yang korang sayang dah tak ada hantar SMS and call ,kan ? Ha... so , korang try buat something . Dengan kata lain , sibukkan diri . Maksud aku disini , sibukkan diri dengan perkara-perkara atau  hobi yang korang suka . Kalau korang suka swimming  , pergilah swimming . Kalau korang suka shopping , pergilah shopping . Sekurang-kurangnya korang punya tension  akan reda walaupun hanya 20/100 % , kan ? jangan asyik duduk terperap kat dalam bilik je . Lagilah korang tension .


Meluahkan:
Dengan cara  meluahkan apa yang terpendam  kat dalam hati korang tu dekat sahabat yang baik dan family yang rapat dan boleh dipercayai . Dengan meluahkannya , tension korang pasti akan reda sedikit demi sedikit .  Macam saya , selain meluahkan  dekat member , saya juga meluahkan perasaan saya dengan menulis diary ,  menjerit bawah bantal , menangis untuk hilangkan kemarahan . Dan yang paling tak boleh blah , saya meluahkan dekat teddy bear saya .  Bagus tak ? .. bagus , kan .. huhui


Luangkan masa:
Kalau korang tengah tension ni kan , korang keluarlah atau hang out dengan kawan-kawan korang supaya korang terhibur . Kadang-kadang kalau dah bersama kawan-kawan ni , boleh jadi gila-gila sebab tak berhenti ketawa dan bercakap . HAHA .. gerenti tension korang hilang sekejap .
Thankz for reading :)shayunk kamu . HAHA . comment ?

5 TIPS MENGEKALKAN PERSAHABATAN DGN.KAWAN LAMA DAN BARU

Korang sekarang ni jangan lah cakap hubungan korang dengan sahabat korang dah mulai renggang .
Lagi-lagi dengan sahabat lama. Alasannya sebab dah jarang contact-contact .No .. sebenarnya bukan itu alasannya . Korang masih boleh berkomunikasi dengan mereka dan boleh menjadi sahabat untuk selama-lamanya . Sebab kalau kekasih , masih ada namanya bekas(ex) . Tapi kalau persahabatan , tak ada bekas(ex) beb ! friend si forever . No ex . tips-tips ni adalah berdasarkan kajian aku sendiri . Bukan copy and paste , ok ! .korang kena:


Sentiasa berhubungan/komunikasi:

sekarang ni kan dunia dah canggih , handphone ada untuk saling berkomunikasi . So , korang nak risau apa ? takut member korang tukar no.tel baru ? Ape susah ... Fb , Twitter , tagged ke , ape sekalipun , kan ada ! *takkan lah member tu tak ada fb kan ..* So , korang gunakan lah kemudahan ni untuk saling berkomunikasi dengan member korang . Ianya akan merapatkan korang dengan member korang terutamanya member lama . Tanya lah khabar member tu . Sihat ke tidak , dah kahwin ke belum . . *opppss..terlebih sudahhh .. HAHA





Bertegur:

kalau korang ada terserempak member korang , terutamanya member lama  kat luar , contohnya dekat shopping complex ke , restoran ke , kat mana-mana sekalipun , korang tegurlah member  korang tu . kalau tak nak tgur , paling tidak , senyum . Korang nak ke di gelar 'sombong' ? mesti tak nak kan . So , apalah salahnya , ringan-ringankanlah  mulut tu untuk menegur dan senyum dengan orang lain .* lagi korang dapat pahala. korang tak nak ke ? mesti nak , kan ? ..






Sentiasa caring:

haa..caring atau dalam bahasa melayunya , ambil berat ... Caring saya disini  tak semestinya caring untuk kekasih je tau . Tapi caring pada sahabat . korang suka tak kalau ada orang yang caring dengan korang ? mesti korang suka , kan ? haaa.. macam tu jugak member kita . Terutamanya kawan baik  atau dalam bahasa inggerisnya , bestfriend . *orang tua kata , bespren . HAHA*  kalau member korang tengah sakit ke , sedih ke , korang bagi lah member tu semangat dengan memberi nasihat yang akan membuatkan member tu jadi kuat dan tabah , dan happy kan member tu . Dari situlah member korang akan rasa dihargai dan berasa bertuah sebab dapat berkawan dengan korang . 


Bertolak ansur:

bertolak ansur ni penting untuk persahabatan yang kekal . kalau korang ada berselisih faham dengan member korang , cuba bawak berbincang elok-elok dengan kepala dingin . kalau boleh ,  korang minta maaf dengan kawan tu dan cuba untk mengalah  . lawan ego korang tu . * tu pun kalau korang sayangkan persahabatan korang lah . sebab kalau kedua-dua belah pihak tak ada yang mengalah , pertelingkahan lah jawabnya . lepastu bermusuh . nak ke macam tu ? Ada musuh ? Ish ,.. tak nak lah macam tu , kan ...


Berdamai :

ok . . ni kalau member-member korang bergaduh . anggap lah korang ni  jadi orang tengah  .kawan A dan kawan B korang ada salah faham  . korang baikkanlah mereka dengan cara tidak memburuk-burukkan kedua-dua belah pihak . korang cuba jadi hero/heroin dalam persahabatan  . mesti  korang akan dihargai kerana telah menyatukan mereka . * ingat ! jangan jadi duri dalam daging pulak tau .
Thankz for reading :)shayunk kamu . HAHA . comment ?