5 TIPS MENGEKALKAN PERSAHABATAN DGN.KAWAN LAMA DAN BARU

Korang sekarang ni jangan lah cakap hubungan korang dengan sahabat korang dah mulai renggang .
Lagi-lagi dengan sahabat lama. Alasannya sebab dah jarang contact-contact .No .. sebenarnya bukan itu alasannya . Korang masih boleh berkomunikasi dengan mereka dan boleh menjadi sahabat untuk selama-lamanya . Sebab kalau kekasih , masih ada namanya bekas(ex) . Tapi kalau persahabatan , tak ada bekas(ex) beb ! friend si forever . No ex . tips-tips ni adalah berdasarkan kajian aku sendiri . Bukan copy and paste , ok ! .korang kena:


Sentiasa berhubungan/komunikasi:

sekarang ni kan dunia dah canggih , handphone ada untuk saling berkomunikasi . So , korang nak risau apa ? takut member korang tukar no.tel baru ? Ape susah ... Fb , Twitter , tagged ke , ape sekalipun , kan ada ! *takkan lah member tu tak ada fb kan ..* So , korang gunakan lah kemudahan ni untuk saling berkomunikasi dengan member korang . Ianya akan merapatkan korang dengan member korang terutamanya member lama . Tanya lah khabar member tu . Sihat ke tidak , dah kahwin ke belum . . *opppss..terlebih sudahhh .. HAHA





Bertegur:

kalau korang ada terserempak member korang , terutamanya member lama  kat luar , contohnya dekat shopping complex ke , restoran ke , kat mana-mana sekalipun , korang tegurlah member  korang tu . kalau tak nak tgur , paling tidak , senyum . Korang nak ke di gelar 'sombong' ? mesti tak nak kan . So , apalah salahnya , ringan-ringankanlah  mulut tu untuk menegur dan senyum dengan orang lain .* lagi korang dapat pahala. korang tak nak ke ? mesti nak , kan ? ..






Sentiasa caring:

haa..caring atau dalam bahasa melayunya , ambil berat ... Caring saya disini  tak semestinya caring untuk kekasih je tau . Tapi caring pada sahabat . korang suka tak kalau ada orang yang caring dengan korang ? mesti korang suka , kan ? haaa.. macam tu jugak member kita . Terutamanya kawan baik  atau dalam bahasa inggerisnya , bestfriend . *orang tua kata , bespren . HAHA*  kalau member korang tengah sakit ke , sedih ke , korang bagi lah member tu semangat dengan memberi nasihat yang akan membuatkan member tu jadi kuat dan tabah , dan happy kan member tu . Dari situlah member korang akan rasa dihargai dan berasa bertuah sebab dapat berkawan dengan korang . 


Bertolak ansur:

bertolak ansur ni penting untuk persahabatan yang kekal . kalau korang ada berselisih faham dengan member korang , cuba bawak berbincang elok-elok dengan kepala dingin . kalau boleh ,  korang minta maaf dengan kawan tu dan cuba untk mengalah  . lawan ego korang tu . * tu pun kalau korang sayangkan persahabatan korang lah . sebab kalau kedua-dua belah pihak tak ada yang mengalah , pertelingkahan lah jawabnya . lepastu bermusuh . nak ke macam tu ? Ada musuh ? Ish ,.. tak nak lah macam tu , kan ...


Berdamai :

ok . . ni kalau member-member korang bergaduh . anggap lah korang ni  jadi orang tengah  .kawan A dan kawan B korang ada salah faham  . korang baikkanlah mereka dengan cara tidak memburuk-burukkan kedua-dua belah pihak . korang cuba jadi hero/heroin dalam persahabatan  . mesti  korang akan dihargai kerana telah menyatukan mereka . * ingat ! jangan jadi duri dalam daging pulak tau .
Thankz for reading :)shayunk kamu . HAHA . comment ?

0 000 idea orang: