pengalaman-pengalaman aku selama ni , aku cuba untuk mencungkilnya . silap lah kalau korang kata aku copy and paste ! sebab pengalaman ni lah yang lagi mematangkan aku . ok , ni tipsnya :
Belajar untuk melupakan :
Kalau korang nak melupakan si dia , korang boleh padam segala hal/perkara mengenai dia . Sebagai contoh , kalau korang masih menyimpan gambar atau benda-benda yang si dia telah beri pada korang , sebenarnya korang dah boleh simpan dah benda-benda tu semua kat dalam stor . Senang cerita , buang . Maaf lah kalau kata-kata saya ni agak kasar . Tapi saya rasa dengan cara tu yang terbaik supaya korang tak selalu terkenangkan si dia . Tak sanggup ? kena lah berusaha kalau korang nak melupakan si dia . Selain tu , kalau korang still simpan aya-ayat cinta(jiwang) si dia kat handphone , korang delete supaya korang tak selalu ingat si dia .
Redha/pasrah:
Sebagai orang islam , terima qada' dan qadar . korang kena redha kerana mungkin si dia bukan jodoh korang . Dan korang kena yakin bahawa mungkin ada orang lain yang lebih baik yang akan menggantikan tempat si dia(ex) .Yakinlah bahawa apa yang berlaku , ada hikmahnya dan itu sebenarnya akan mematangkan hidup korang . Bak kata lagu Ella ft Deddy dores , Mendung tak bereti hujan . ececeh ,...
Memaafkan:

Andai si dia masih ingin bersahabat dengan korang , Korang terima . * nak terima atau tidak ,sebenarnya itu terpulang .. Yang penting , korang memaafkan si dia * . Dengan memaafkan si dia , sebenarnya hati korang dah redha dengan apa yang terjadi . Tapi kalau korang still tak boleh memaafkan , tepuk dada tanya selera lah .
Dekatkan diri dengan sang pencipta :
Yakinlah bahawa Allah lebih mengetahui segalanya . Dengan mendekatkan diri dengan-Nya , saya yakin , korang pasti akan tenang . Jangan tinggal solat , banyakkan mengaji . Dan kalau boleh , buat solat hajat dan minta ketenangan jiwa . Dengan mudah , percayalah ... i know u can do it !
Hilangkan kebosanan :
Kadang-kadang , kalau orang baru putus cinta ni , asyik rasa bosan je . Bagai semuanya suram . ececeh..u know why ? Sebab orang yang korang sayang dah tak ada hantar SMS and call ,kan ? Ha... so , korang try buat something . Dengan kata lain , sibukkan diri . Maksud aku disini , sibukkan diri dengan perkara-perkara atau hobi yang korang suka . Kalau korang suka swimming , pergilah swimming . Kalau korang suka shopping , pergilah shopping . Sekurang-kurangnya korang punya tension akan reda walaupun hanya 20/100 % , kan ? jangan asyik duduk terperap kat dalam bilik je . Lagilah korang tension .
Meluahkan:
Dengan cara meluahkan apa yang terpendam kat dalam hati korang tu dekat sahabat yang baik dan family yang rapat dan boleh dipercayai . Dengan meluahkannya , tension korang pasti akan reda sedikit demi sedikit . Macam saya , selain meluahkan dekat member , saya juga meluahkan perasaan saya dengan menulis diary , menjerit bawah bantal , menangis untuk hilangkan kemarahan . Dan yang paling tak boleh blah , saya meluahkan dekat teddy bear saya . Bagus tak ? .. bagus , kan .. huhui
Luangkan masa:
Kalau korang tengah tension ni kan , korang keluarlah atau hang out dengan kawan-kawan korang supaya korang terhibur . Kadang-kadang kalau dah bersama kawan-kawan ni , boleh jadi gila-gila sebab tak berhenti ketawa dan bercakap . HAHA .. gerenti tension korang hilang sekejap .
0 000 idea orang:
Post a Comment